Kepakaran Saya

Assalamualaikum & Hi!

Saya Sabariah atau lebih dikenali sebagai Saba. Seorang ibu berkerjaya yang mempunyai 2 orang cahaya mata. Saya sangat teruja dengan penyusuan susu ibu.

Saya bermula dengan perniagaan Shaklee selepas pengambilan Set Pantang Shaklee untuk membanyakkan lagi susu ibu.

Dengan pengalaman menyusukan kedua-dua anak saya dengan set menyusu Shaklee, saya hanya ingin berkongsi pengalaman dan ilmu yang saya ada untuk melihat ramai ibu bekerjaya menyusukan bayi mereka sekurang-kurangnya 2 tahun seperti yang telah disyariatkan.

Impian saya mahukan ibu-ibu semua sedar akan kepentingan penyusuan dan tidak mudah putus asa untuk berikan yang terbaik untuk si manja. Saya juga mengutamakan kepentingan pelanggan saya lebih dari yang lain. Oleh itu saya akan terus berkongsi seberapa banyak maklumat untuk manfaat bersama.

Jika Mommy mahu mengenali saya dengan lebih mendalam, boleh singgah di facebook atau instagram saya - Sabariah Sarmin @sabasaff.

Salam sayang
Sabariah Sarmin

No comments:

Post a Comment