Saturday, March 25, 2017

Goodbye PANADOL!


Haaa....Ni antara vitamin yang Saba wajib makan setiap hari. B-Complex. Bertindak sebagai vitamin anti-stress dan boleh hilangkan sakit kepala pagi-pagi yang berdenyut-denyut tu.

Kalau pepagi dah sakit kepala, alamat moody lah seharian. Tengok meja, buat kerja pun muka masam je nanti. Hihi

Mujur ada B-Complex ni tau! Boleh say goodbye to panadol. Hati gembira buat kerja bila badan sihat. ðŸ˜€
Pelan-pelan bertukar dari ubat kepada supplement yang lebih menyihatkan. Don't trust ubat.

Tengok tak video paracetamol yang bertukar jadi tisu basah bile kena air tu? Scarryy.. Taubat nak makan ubat dah. ðŸ˜¨

Siapa nak B-Complex?

Roger Saba k?

Sabariah
014.940.1748
Pengedar Sah Shaklee
Pengedar Shaklee Kajang
Pengedar Shaklee Taman Shamelin Perkasa

Friday, March 24, 2017

Panadol P-500 Bertukar jadi Wet Tisu!

Harini terima satu WhatsApp ni bagitau:

''Jangan beli dan ambil panadol ini..ia nya ada lah tisu basah yg di keraskan..bila terkena air,ianya akan menjadi sehelai tisu yg akan membalut tali perut kita..
AWAS PANADOL P-500.''

Tengok gambar betul-betul, owhh.ok..(tengok je tak lama lagi mesti lupe nyer. Tak peduli sangat sebab tak tau dia cakap betul tak.hihii)

Sekali tengok video, Ya Allah!!! Terkejuttt sangat! Pil paracetamol ni lepas terkena air, ia terus bertukar jadi tisu basah! ðŸ˜±

Boleh tengok gambar di bawah.

Ni PANADOL P-500

Nak buat eksperimen ni. Guna panadol P-500 ni.

Just tuang air je pada panadol tu.Tengok, ia bertukar!

Bukak bukak. Tengok jadi apa.


Jadi Tisu Basah lepas tuang air!! OMG!

Macam mana ye kalau dah masuk dalam badan nanti? Satu hal pulak nak keluarkan tisu basah tu dari dalam badan. Kalau dah ade benda asing duduk dalam badan, mesti sistem badan terganggu. Dan jadi macam-macam penyakit lagi pulak. Ya Allah, takut nye. Mintak dijauhkan lah..😢

Bahaya sangat zaman sekarang ni.

Be careful ya uolls.

Pengajaran untuk diri sendiri : Jangan makan ubat sembarangan. Beli kat farmasi je lebih dipercayai. Even farmasi pun ada jual ubat yang ade drug, tapi itu untuk bagi baik. Tapi kalau nak selamat lagi, makan supplement dari brand shaklee, sebab dah ada clinical study stiap produknya.

Extra careful please.

Anda perlukan supplement semulajadi?

Pm/Whatssap/Telegram Saba ye.

Salam sayang,

Sabariah
014.940.1748

Thursday, March 23, 2017

Tak mahu makan suplement? Think again!


Bagi yang masih merasakan anda mampu mendapatkan semua nutrisi daripada makanan semata-mata, data ini untuk anda fikirkan secara mendalam.
Anda orang bijak, Saba yakin korang mesti cepat hadam Data yang Saba bagi ni.
Saba bagi contoh triglycerides sahaja cukup. makin rendah makin bagus.
Triglycerides adalah jenis lemak atau lipid yng biasa ditemui dalam darah.
Apabila kita makan, badan menukarkan kalori yang berlebihan kepada triglycerides dan kemudian disimpan.
Kita jika selalu makan makanan tinggi kalori, akan menyebabkan triglycerides semakin bertambah.
Kalau triglycerides tinggi risiko tinggi untuk dapat strok atau penyakit berkaitan kardiovaskular.
Paras normal triglycerides adalah 150mg.
Tengok graf di bawah:
Bagi pengguna shaklee, paras triglycerides hanya 121 mg sangat bagus. 
Semakin rendah semakin bagus.
Apa pula bagi pengguna tanpa suplemen?
Bagi anda yang hanya bergantung kepada makanan, triglycerides anda adalah di sekitar 180.1mg.
Berbanding pengguna suplemen lain sekitar 145.3mg.
Ini fakta ya. Bukan Saba tipu atau ambil dari sumber yang kurang dikenali.
Fakta ini merupakan sebab kukuh kenapa anda sepatutnya juga amalkan suplemen.
Nak pilih suplemen? 

Semestinya dari shaklee. 

Tak payah fikir lain, tengok graf ni pun dah tahu shaklee memang terbaik.
Bagi anda yang baru hendak cuba suplemen, boleh cuba set daily essentials.
Cepat no, ramai sungguh dah yang dok mengorder ni.

Sabariah014-940 1748
Pengedar Shaklee  Kajang, Taman Shamelin Perkasa


Susu Ibu Tak Perlu Banyak?




''Susu ibu tak semestinya perlu banyak, yang penting mencukupi untuk keperluan harian baby."

Walau di mana pun Saba berada, tanggungjawab as a mom, pun kena buat tau.

Matlamat: Menyusukan baby Naqib sampai umur 2 tahun! ðŸ˜˜ðŸ˜˜ðŸ’ªðŸ’ª

Memandangkan bebanan kerja yang beraatt sangat setiap hari (berat ke?Bukan angkat batu pun? Ehhhh??haha..)

Sebenarnye Saba tak mampu nak ikut aturan makan mak-mak menyusu yang kena bancuh Horlicks, oat, makan makanan ikut piramid makanan tu, makan sayuran hijau yang banyak, minum susu hari-hari, makan makanan berkhasiat semualah..

Pernah buat, tapi tak konsisten. Banyak gangguan. Takde masa lah, tak jumpe air panas lah kat tempat client, kedai makan tak masak sayur berdaun hijaulah, tak sempat nak bancuhla dek kerana rushing kerja.hurmm..

Jadi, hasil nye naik turunlahh..

Owh, NO..! Macam mane nak capai matlamat nih? ðŸ˜£

Dari milkbooster yang murah sampai yg mahal tak serasi. Dengan berat hati jugak sebenarnye try shaklee ni, sebab produk ni MLM! (Dahla ku ni anti-MLM!)

Pejamm mata makan..Masa tu result nye wowww!!💖💖💖😘

Boleh tengok pada kuantiti dan kualiti. To be honest, memang puas hati sangat-sangat dengan set menyusu SHAKLEE ni. Alhamdulillah.

Susu Ibu ada macam-macam rasa ikut apa yang mak menyusu tu makan tau.(yang ni baby je pandai rasa. Kalau baby pandai cakap, mesti dia boleh explain. Hehe)

To be honest, Saba tak recommend set budget. Saba recommend full set breastfeeding shaklee untuk mak-mak yang berkerjaya.

Sebab?

Saba dah cuba guna 2 - 2 set budget ngan full set. Guna set budget, Susu banyak jugak, tapi ade nutrisi lain yang kita kekurangan.

Contoh macam Kalsium. No wonder sakit-sakit badan & tulang selalu. Masa tu muda lagiii ok lahh. Pejam Mata tahan n buat-buat lupe. ðŸ˜¢

Ni anak dah bertambah, badan kena kuat dan sihat untuk urus rumah dan keluarga(baru dapat kesedaran, Allah haii.)

Pesanan: Pada ibu-ibu menyusu yang sedang mencari milkbooster lagi, SHAKLEE adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda. Jangan fikir, ''Ah! mahal lahh..nak cari yang murah, dan berkesan. Ada je jual kat luarr.'' Memang ade, tapi tak complete nutrisinya.

Pesanan Saba, untuk anak, invest lah sedikit untuk nya. Sebab usia dia takkan berpatah balik jadi baby ye. Allah balas setiap wang, usaha, dan tenaga yang kita keluarkan untuk anak. Insyaallah."

Wallahualam.

Salam sayang,

Sabariah
014.940.1748

Wednesday, March 22, 2017

BAGAIMANA SUPPLEMENT SHAKLEE MEMBANTU PROSES TUBUH??


Bila kita ambil supplement Shaklee sekian2, bukan bermakna CONFIRM sakit anda akan sembuh, kulit akan cantik, susu akan banyak,anda akan mengandung dsb. NEVER!

- - - - - - - - - -

Supplemen Shaklee ni sekadar untuk MENAMPUNG NUTRISI GAP dalam badan.

Kalau badan kita cukup nutrisi, in shaa Allah, ia sendiri akan dapat berfungsi dgn baik.

- - - - - - - - - -
Manusia ni hidup sebenarnya disebabkan SISTEM tubuh yang beroperasi setiap hari.

Sistem Pernafasan
Sistem Peredaran Darah
Sistem Pencernaan
Sistem Perkumuhan
Sistem Peranakan
Sistem Otot
Sistem Tulang
Sistem Saraf dan lain2...

Dari mana datangnya SISTEM??

Sistem terbentuk dari Organ, Organ terbentuk dari Tisu, Tisu terbentuk dari Sel.

Sel > Tisu > Organ > Sistem

Sekumpulan sel akan membentuk Tisu, Tisu kemudian membentuk Organ, dan banyak2 organ akan membentuk Sistem.

- - - - - - - - - -
Contoh;
Bagaimana SISTEM PENCERNAAN wujud?
Ia wujud disebabkan adanya Organ (perut) dan Organ ni datangnya dari sekumpulan TISU, dan Tisu ni datangnya dari sekumpulan sel.

Untuk Sistem Pencernaan ini berfungsi dgn baik, semua bahagian juga perlu mainkan peranan yg baik sekali.

Imagine, kalau organ perut tidak dapat hasilkan enzim utk cerna food, camner keseluruhan proses Pencernaan nak berjln dgn lancar..

Sebab tu, sgt penting utk setiap bahagian dari peringkat sel sehingga ke organ mempunyai Nutrisi yg mencukupi. Barulah sistem boleh berfungsi!

- - - - - - - - - -

Saya bagi satu contoh yer: HAMIL

Sebenarnya semua wanita boleh mengandung secara semulajadi jika tidak mengalami masalah kesihatan. Cuma bagi sesetengah individu, terdapat ‘nutrient gap’ disebabkan cara hidup dan cara makan yang tidak dapat menampung keperluan tubuh atau menyebabkan nutrien tidak sampai ke dalam sistem tubuh.

Bila masalah kekurangan nutrien ini berlaku, proses normal badan tidak dapat berjalan dengan sempurna termasuk mengganggu kesuburan/ proses kehamilan

- - - - - - - - - -

Jadi di mana kegunaan supplement Shaklee??

Vitamin Shaklee BUKAN untuk membuatkan kita mengandung yer.

Vitamin Shaklee lebih kpd nk bantu sel tubuh badan utk lebih sihat, tampung mana2 nutrisi yang kurang.

Bila sel cukup nutrisi, proses normal manusia akan berjalan dengan lancar dan badan akan lebih bersedia untuk mengandung..

Suka saya TEKANKAN, ape2 pun semuanya dgn izin Allah.

Kalau Allah izinkan asbab makan Shaklee, boleh hamil, Alhamdulillah.

Kalau belum, teruskan berusaha + berdoa.

- - - - - - - - - -

Cuma kita kena percaya pada HUKUM ALAM (sunnatullah):

EAT RIGHT & HEALTHY FOOD, get THE HEALTHIER BODY

Bila kita tidak mampu mencukupkan nutrisi harian kita dgn raw food semata2, maka nak atau tidak, kita perlu mengambil supplement.

Dan kenapa Shaklee??

Sebab Shaklee ni SEMULAJADI dan setiap satu produk Shaklee, ada proven Clinical Studies!
Tiada bahan kimia berbahaya, in fact Landmark Study menunjukkan, orang yang makan Shaklee lebih 15 tahun mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding yang tidak!

Jadi sebab itulah saya suka berkongsi kebaikan Shaklee dgn semua orang.
...........

Then, syabas bagi yang sudah jatuh hati kt shaklee..😘

Bagi yang belum cuba produk shaklee, mahu mencuba shaklee, hubungi Saba segera ye!



Salam sayang,

Sabariah
014.940.1748
Pengedar Shaklee Kajang
Pengedar Shaklee Taman Shamelin
Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

Monday, March 13, 2017

RAWATAN ALTERNATIF DEMAM, BATUK DAN SELSEMA!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera buat pembaca blog Saba!

Harini Saba nak share testimonial sendiri mengenai rawatan alternatif yang Saba guna sepanjang mengalami masalah kesihatan Demam Batuk dan Selsema tempoh hari.


Alkisah.. Masa awal bulan 2 haritu, Saba mula start dengan batuk. Batuk kuat sampai macam nak terkeluar anak tekak gitu. Almaklumlah, masa tu memang baru lepas habis Chinese New Year kan. Saba cuma makan sebiji je limau mandarin tu. Tak sangka sangkut jugak batuk.


Masa masuk office, Saba ada 'geng' batuk jugak. Berlawan-lawan batuk kami. Haii. ðŸ˜‚


Derita batuk ni tau. Sakit tekak, sakit dada, dan sakit satu badan jugak lah. Lepas beberapa hari kemudian demam pun datang dengan selsema.


'Srot srott hidung sebab selsema. Uhuk uhukk uhukk lagi sebab batuk'.


Ubat memang dah ada kat rumah. Yang dulu punya masih belum expired banyak lagi Dan yang belum bukak pun ada lagi. Heh.


Saba makan ubat beberapa kali jugak dengan harapan nak baik cepat. Makan ubat batuk je pun. Tapi.. tapi.. tapi..! Kesan mengantok nye, memang dahsyat lah. Dah tidur pun rasa mengantok lagi. Macam tak cukup tidur rasanya. Sebab rasa mengantok belum hilang lagi, dah kena bangun!


Nak sambung tidur lagi tak boleh, sebab nak kena bersiap pergi kerja, Mandi kan anak pagi-pagi, susukan anak, dan buat urusan harian yang lain.


Bila rasa mengantok nak tidur tak dapat, (akibat daripada kesan pengambilan ubat batuk),automatik sepanjang hari Saba jadi moodie dan lemah satu badan. Kerja banyak nak buat, tapi badan tak sihat. Jadi semua sakit la senang cakap. Sakit hati pun iye jugak lah. Sebab semua benda serba tak kena. ðŸ˜­


Dari situ, baru Saba noticed yang ''This is wrong. And I should not be like this. I must find the Solution!"


Saba try cari solution lain. Then, Saba hold ubat dulu sebab tak tahan kesan mengantok nye tu, dan Saba cuba ikhtiar dengan supplement semulajadi pulak.


After that, Saba pergi refer kat akak nutritionist yang 'so sweet and so kind' tu dulu, berkenaan supplement terbaik yang sesuai untuk Saba. Then, berapa dos atau kuantiti yang perlu Saba ambil untuk setiap jenis supplement tu dan bila jangka masa Saba boleh pulih balik dari demam, batuk dan selsema tersebut.


Lepas dapat advise dari beliau, then Saba follow and makan dengan konsistent.


Supplement semulajadi yang dicadangkan itu adalah kombinasi nutrisi yang telah dikaji oleh saintis dan dipercayai dapat meningkatkan tahap antibodi kita.


Sebab menurut beliau, kita mendapat serangan demam, batuk Dan selsema ni adalah disebabkan oleh antibodi atau sistem pertahanan dalam badan kita sendiri yang lemah.


Jadi, beliau mencadangkan Saba mengambil OMEGA GUARD, GARLIC, VITAMIN C dan NUTRIFERON untuk boost imun sistem Saba ni.


OMEGA GUARD, GARLIC, dan VITAMIN C, makan 3 kali sehari. Dan juga NUTRIFERON makan sehari sekali. Boleh refer gambar set nutrisi yg Saba ambil sepanjang batuk ni.


Saba makan semua vitamin seperti yang disarankan. Saba telah dipesan awal-awal oleh Akak Nutritionist ni, bahawasanya kesan pengambilan vitamin ni adalah berbeza mengikut diri masing-masing. Ada yang pulih dengan cepat, Dan ada yang take time sikit. Sebab ini bukan ubat. Ia hanya menambah nutrisi badan yang kurang. Di mana disebabkan oleh kekurangan nutrisi ni lah, sakit senang datang kat kita. Saba angguk kepala Dan faham dah semuanya.



Selepas mengamalkan supplement semulajadi ni, Saba ambil masa dalam 3 minggu jugak lah untuk redakan batuk Saba ni.! Demam dan selsema reda dulu. Dalam 2-3 hari je demam Dan selsema sembuh, alhamdulillah. Batuk liat sikit nak reda. Mungkin sebab bakteria tu kuat sangat kot. Ambil masa sikit untuk antibodi ni melawan batuk.


Alhamdulillah, sekarang dah makin sihat dengan ikhtiar Saba makan supplement semulajadi ni.


Sekarang dah tak risau lagi. Sebab Saba dah jumpa alternatif terbaik untuk diri Saba.




'' Biar Lambat Kesannya, Asal Selamat. ''


Rawatan Alternatif Demam, Batuk dan Selsema. Kombinasi Omega Guard, Vitamin C, Garlic, dan Nutriferon. Cubalah!


Vitamin C, Garlic dan Nutriferon. Sangat Baik untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.

OMEGA GUARD


Anda demam?

Anda ada masalah selsema?

Anda ada masalah batuk?

Anda perlukan supplement semulajadi?

Cari Saba ye. ðŸ’–💖

Salam Sayang.

Sabariah
014.940.1748

Shaklee Independent Distributor