Tuesday, February 28, 2017

Apa tu Landmark Study SHAKLEE?


Assalamualaikum.

Harini Saba nak share sikit berkenaan Landmark Study Shaklee. Sebelum ni Saba tak faham ape benda tu Landmark Study. Tapi, lepas pergi dengar talk berkenaan landmark study ni sendiri dengan saintis shaklee, Professor Bruce Daggy, baru Saba tau dan faham pasal Landmark Study ni. :)


Apa tu Landmark Study SHAKLEE?
============================

Landmark Study ialah kajian yang dibuat untuk mengkaji manfaat dan risiko pengambilan pelbagai suplemen dalam tempoh waktu yang panjang.
Tak semua syarikat supplemen berani buat Landmark Study ni tau!
Ye lah. Kantoi pula nanti kalau hasil kajian tak memberangsangkan. Dah tu semua keputasan hasil kajian akan diterbitkan untuk tatapan umum.
Lain pula dengan CEO Shaklee, Mr Roger Barnett ni.

Beraninya Shaklee buat Landmark Study?
================================
.
CEO Shaklee, Mr Roger Barnett masa dia beli Shaklee memang dia tahu Shaklee ni bagus, Shaklee ni terbaik.
.
Tapi dia nakkan data dan bukti saintifik. Bukan testimonial pengguna Shaklee semata-mata.
.
Lalu Dr Gladys Block cadangkan buat Landmark study di mana ada 3 kumpulan yang dikaji iaitu:
1. Orang yang tak amalkan sebarang supplement
2. Orang yang amalkan supplement brand lain
3. Orang yang amalkan supplement Shaklee

Nak bagitau korang ni..

Dr Gladys ada kuasa sepenuhnya ke atas hasil kajian ni. Maksudnya, apa-apa keputusan baik atau buruk akan diterbitkan.
Cth: kalau dia dapat keputusan produk Shaklee ni tak bagus, keputusan akan diterbitkan juga. Tak boleh sembunyi-sembunyi.
.
Berani Shaklee kan..
.
Dah tu lepas kajian tu, pihak ketiga review pula hasil kajian Dr Gladys tu untuk memastikan takde unsur-unsur penipuan. Ini bertujuan untuk memastikan hasil kajian tu betul-betul tepat.
.
Bukan calang-calang orang yang berani buat Landmark study ni. Setakat ni, Shaklee je berani buat.

Ni gambar result study yang shaklee buat

Apa Result Landmark Study Tu?
===========================
Tadaaa!! Ini lah hasil keputusan secara detail Landmark Study yg dilakukan ke atas 3 golongan ini oleh pihak UC Berkeley School of Public Health; di mana:

1. BIRU - Golongan yg tidak mengambil apa-apa supplemen. Hanya menjaga pemakanan/diet sahaja.
2. MERAH - Golongan yg mengambil 1 jenis vitamin/supplemen sahaja jenama lain.
3. HIJAU - Golongan yg mengamalkan supplemen Shaklee selama 20 tahun.

Keputusannya adalah seperti berikut:



👉 Responden HIJAU mempunyai 11% paras nisbah kolesterol yg lebih rendah berbanding HDL. Dalam bacaan kolesterol badan kita, HDL mewakili 'kolesterol baik'. Manakala LDL adalah 'kolesterol jahat'. Responden HIJAU memiliki nisbah antara keduanya ini lebih rendah. Bermaksud, paras HDL yg tinggi/baik dalam badan responden HIJAU mampu menyingkirkan LDL yg jahat bagi memastikan bacaan total cholesterol yg normal.

👉 Responden HIJAU mempunyai 33% paras trigliserida yg lebih rendah berbanding responden BIRU & MERAH. Trigliserida adalah lemak dalam bentuk kimia yg terkandung di dalam makanan & juga tubuh manusia. Lebih rendah kadar trigliserida bermaksud jantung & badan seseorang itu adalah lebih sihat.


👉 Responden HIJAU mempunyai 36% paras homocysteine yg lebih rendah berbanding responden BIRU & MERAH. Homocysteine adalah asid amino yg dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita. Lebih rendah paras homocysteine ini, maka lebih optimum taraf kesihatan jantung & badan kita.

👉 Responden HIJAU mempunyai 59% paras protein C-Reaktif yg lebih rendah berbanding responden BIRU & MERAH. Protein C-Reaktif ini terkandung di dalam darah kita. Lebih tinggi kadar protein C-Reaktif ini, maka badan kita akan lebih sensitif & mudah terjejas oleh biological stress akibat response badan terhadap ancaman-ancaman yg menjejaskan kesihatan. Bila kadar protein C-Reaktif lebih rendah, bermaksud badan akan lebih sihat & taraf kesihatan sukar terjejas.

👉 Responden HIJAU juga mempunyai risiko yg lebih rendah dalam mendapat penyakit kritikal seperti diabetes, serangan jantung, kegagalan fungsi jantung, stroke & penyakit koronari jantung.

💥 Nota penting:

Responden HIJAU mengamalkan Vitalizer Shaklee yg mengandungi:
✔ Vitalea with iron formula (multivitamin lengkap)
✔ Caroto-E-Omega
✔ B + C Complex
✔ Optiflora Probiotics
.
.
Kesimpulannya, berdasarkan Shaklee Landmark Study yang dibuat ni, maka jelas terbukti bahawa JENAMA SUPPLEMEN yang anda ambil adalah AMAT PENTING!
.
Malah, hanya dengan menjaga pemakanan/diet sahaja juga tidak cukup untuk menjadikan kesihatan kita pada paras yang paling optimum.
.
Kenapa? Kerana kita juga terdedah kepada pelbagai pencemaran tanpa sedar serta faktor physical & biological stress setiap hari, setiap waktu, setiap saat.
.
Malah air kosong yg kita minum & udara yg kita sedut setiap hari juga tidak lagi suci sepenuhnya.
.
Maka atas bukti hasil Shaklee Landmark Study inilah yg menjadikan SHAKLEE SEMEMANGNYA TIDAK SAMA dengan mana-mana jenama lain di dunia.
.
So, jangan kata, "ala, sama je aku beli vitamin kat farmasi.Lagi senang. Tak payah nak cari ejen bagai".
.
NO! It's TOTALLY different! Melainkan, jenama yang anda ambil itu juga mempunyai bukti hasil dari Landmark Study juga.


Ingin membeli shaklee?

Hubungi Saba sekarang!

Konsultansi terbaik!

Salam sayang,

Sabariah
014.940.1748
Shaklee Independent Distributor

Monday, February 20, 2017

Kenapa SHAKLEE? Bukan Brand Lain?




Kenapa jual shaklee bukan produk lain?

Kenapa sekarang baru nak jual shaklee?

Bagus sangat ke shaklee?
.
Antara perkara yang orang sering dipersoalkan bila tahu kita sebagai Shaklee Independent Distributor (SID).


TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Untuk join sesuatu bisnes, walau apa pun produk yang kita jual, kita kena, wajib jatuh cinta dulu dengan produk yang kita jual.

🍃 Kenapa? Bagus sangat ke Shaklee?

Jawapan Saba, Ya! Memang bagus. Bisnes Shaklee hampir 100 tahun di pasaran dan dari zaman sekolah rendah pun nama Shaklee tak asing bagi Saba.

Kebanyakan distributor adalah pada asalnya pengguna tegar Shaklee. Macam Saba. Kita tak akan pakai atau guna sesuatu produk yang tidak berkualiti, yang kita tak suka. Kita sendiri memilih untuk mendapat manfaat yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita tak guna sabun basuh tangan untuk cuci muka. Sebab apa? Sebab nak yang terbaik. Kesan yang optimum untuk diri kita sendiri. Betul tak?

Konsep yang sama diterap dalam bisnes Shaklee. Yang terbaik itulah yang kita kongsi dengan orang lain. Kita guna, kita kongsi. Memang tak semua produk shaklee kita guna sebab kita consume ikut keperluan badan masing masing. Itulah fungsi kami sebagai distributor. Bantu anda semua tahu apa yang terbaik untuk selesaikan masalah anda.

🍃 Macam mana nak guide sedangkan masalah kita tak sama? Saba bukan pakar kesihatan?

Itulah sebabnya kami bergerak sebagai satu team untuk selesaikan masalah. Mungkin Saba takde masalah macam anda, tapi ada ahli lain yang pernah handle masalah yang sama. Jadi kami berkongsi ilmu dan testimoni yang sebenar. Bukan rekaan untuk melariskan jualan.☺

🍃 Kenapa Saba jual Shaklee, bukan produk lain?

Adakah anda pasti produk anda jual lebih baik dari apa yang Saba jual? Contoh, anda jual baju, adakah produk yang anda jual sesuai untuk semua golongan? Skop jualan anda mungkin terhad kepada perempuan sahaja, atau kepada golongan muda sahaja. Sedangkan kami menjual produk keperluan untuk setiap golongan tidak kira umur. Luaskan? Prospek pun bertambah.

Kenapa Saba sebut keperluan?

Berapa ramai orang yang sihat tanpa sebarang penyakit? Berapa ramai? Hampir semua orang berpenyakit. Sekurang kurangnya kita akan ada sakit lenguh lenguh badan atau sakit kepala. Dan kita tak tunggu teruk baru cari ubat. Lebih baik cegah sebelum terlambat. 

🍃 Kenapa baru sekarang nak jual Shaklee?

Jawapan Saba, sebab Saba baru betul betul kenal dan baru nampak peluang yang terhidang. Kalau ada orang persoalkan macam ni, dah tentu dia belum rasa atau faham fungsi supplement shaklee dan macam mana kita usaha untuk bantu meningkatkan kesihatan seseorang. Dapat menyelesaikan masalah kesihatan dan meningkatkan keyakinan seseorang itu, jauh lebih puas dari mendapat bonus bulanan. Berkenalanlah dulu 😜

🍃 Apa kelainan Shaklee?


Saba nampak, banyak vitamin yang dijual di luar sana. Beza-beza jenama. Dengan harga yang berbeza ada dijual di pasaran sekarang kan. Sebagai pengguna yang bijak, sebelum membeli, pastikan kita tahu isi kandungan produk tersebut. "Key" yang penting di sini ialah "Selamat, Terbukti, dan Berkesan." That is the Shaklee Difference which are:

i) A healthier life for everyone and a better life for anyone

ii) Dibuktikan oleh sains - terbukti dalam makmal dan terbukti di dunia selamat untuk orang ramai dan planet ini.

iii) Dijamin selamat - 100% cash back guaranteed

iv) Lebih 100,000 ujian klinikal telah dijalankan setahun untuk tujuan kualiti. Ini bagi memastikan semua produk Shaklee adalah selamat digunakan oleh pengguna.


'SHAKLEE IS ALWAYS SAFE, ALWAYS WORK, ALWAYS GREEN'


Salam Sayang,

Sabariah | 014 940 1748

Friday, February 03, 2017

Supplement Untuk Naufal


Mealshakes Naufal ni lama dah beli dulu. Ni baru abis. Erm..Erm..sorry Naufal. Mama dah order tapi disebabkan cuti CNY ni, penghantaran nye akan lambat sedikit. So, mama tuang semua yang tinggal dalam tong dalam bekas kecik.

Cukup lah kan nak tunggu tong mealshakes yang baru sampai. Bukan pakai banyak pun. Sikit je letak setiap kali bancuh susu. 





Soalan: Kenapa mama Naufal bagi Naufal makan supplement Mealshakes ni?

Mealshakes SHAKLEE - Supplement untuk Naufal, 3 years old.

Jawapan: 
Sebab dulu Naufal susah nak makan. Bagi makanan ape pun semua dia tolak. Sampai mama pening macam mana nak buat. Sampai la mama buat searching kat internet. Dan mama jumpe banyak testimonial mealshakes ni. Bagus-bagus belaka. Mama try beli & try bagi kat Naufal. Alhamdulillah. Lepas consume mealshakes ni, Naufal mula nak makan. Pembuangan najis pun lembut. Tak keras macam dulu. Rasa pun sedap. Naufal memang suka minum susu campur mealshakes ni.

Asalnye dulu mama beli cuma untuk buat Naufal berselera makan je. Yelah, hari-hari minum susu je. Mana cukup.Niat beli ni cuma satu je dulu.. tambah selera makan Naufal.Tapi..lepas tengok 'result extra' pada Naufal, mama pun wow wow wow! Falling love terus. 😘

Mealshakes shaklee ni sekarang memang dah jadi supplement wajib buat Naufal. Sebab Mealshakes ni ada 24 jenis vitamins yang memberi nutrisi pada sel-sel tubuh Naufal.

Mealshakes ni mengandungi vitamin A,C,E,B dan zat besi yang cukup untuk membantu proses pembesaran Naufal. Nak harapkan mama bagi Naufal makanan yang cukup semua zat ada,memang 'tak' lah kan. 


Sebab mama bagi makan untuk kenyang. Zat memang kelaut sikit.hehe. Memang tak ikut gambar rajah pemakanan yang 3 segi tu. Kadang dah masak-masak pun Naufal taknak makanan. End up, membazir je. Kesian kat makanan tu.

So, bila dah ade mealshakes ni, mama rasa tak membazir dah. Sebab Naufal akan mintak nak makan kalau dia lapar.

Mama kaji, apa yang hebat sangat vitamin ni ek sampai boleh buat Naufal dari takde selera makan sampai boleh mintak makan sendiri???

Sekarang mama dah jumpe macam mana ia berfungsi. 

Lepas makan Mealshakes ni, sebenarnya vitamin yang ade dalam badan Naufal yang menyerap dalam usus-usus dia yang akan menggerakkan Naufal untuk makan. Kira macam bagi arahan kat Naufal suruh makan. Gitu. So, Naufal pun cakap la, ''Mama, nak nasi!" untuk makan.

Pernah dulu mama stopkan bagi Mealshakes ni kat Naufal. Nak buat ujikaji. Nak tengok kesan nya. Kalau stop, Naufal selera makan lagi tak?? 

Hurmm...jawapannya hampa. 3 hari tak makan nasi. Susu je berbotol-botol.
Yelah, macam mana nak makan, enzim penggerak untuk makan takda dalam badan. Yang mana ia datang dari nutrisi yang ada dalam Mealshakes ni. So, kesimpulan dari ujikaji mama ni ialah, untuk teruskan bagi Naufal makan supplement Mealshakes ni untuk zat-zat penting untuk tubuh Naufal yang dia tak dapat cukup dari makanan-makanan yang dia makan setiap hari.

Kejam ke mama buat eksperimen atas anak sendiri? 

Eh, tak lah. Mama cuma nak tau keberkesanan terhadap produk SHAKLEE ni. Dan, manalah tau, kalau Naufal dah boleh makan nanti, tak payah la bagi Mealshakes ni lagi. Tapi rupanya mama silap. Nutrisi penting tak boleh dipisahkan kan sebab budak tengah membesar. Jangan potong selera makan dia. Mama cuma nak yang terbaik buat Naufal. Dengan Mealshakes. Makanan tambahan sebagai pelengkap pemakanan Naufal. Supaya Naufal membesar dengan sihat, cergas dan cerdas.

Jadi, setiap hari dan setiap kali mama bancuh susu untuk Naufal, mama mesti tambah Mealshakes dalam Susu Naufal. Bila tengok Naufal membesar dengan happy,mama pun turut rasa happy. 

End of the story.



Nota kaki:

For those parents yang ada masalah anak-anak tak mau makan ni, boleh try bagi Mealshakes ni.

For those parents yang mana anak-anak comel mereka ada masalah sembelit pun boleh try Mealshakes ni.

Bukan untuk budak je, orang tua pun boleh makan sebab kandungan nutrisinya sesuai untuk semua golongan usia.

Siapa yang tak tau mana nak dapatkan Mealshakes ni, boleh hubungi Saba di nombor yang tertera di bawah ye.


With Love,


Sabariah
014.940.1748

Pengedar Sah Shaklee
SID1211644