Monday, January 16, 2017

My Breastfeeding Journey!

Assalamualaikum pembuka bicara.

Hai,

Saba tahu sesetengah orang menganggap breastfeeding ni mudah. Mudah dengan cara yang tidak memerlukan kita untuk membancuh susu formula apabila baby nangis semasa kita berada di luar. Mudah kita boleh breastfeeding bayi kita pada bila-bila masa apabila dia mahukannya. Mudah la kan? betul tak.

Pendapat jujur ​​Saba berdasarkan pengalaman Saba sendiri.

Ya, ia adalah mudah bagi yang disebut di atas ... tetapi ... untuk memastikan perjalanan breastfeeding kita berjaya, mummy benar-benar perlu bekerja keras, positif, berehat minda & damai dan sokongan 100% dari Hubby.

Mengapa? kerana ...

1. Ibu bekerja perlu pam kerap apabila dia jauh dan tidak dengan bayi. Sebaiknya setiap 2-3 jam ... macam Saba menggunakan konsep 3 kali sehari. Iaitu jam 5am - 1pm -6.30 pm. Mudah bagi saba untuk ingat. Iaitu bangun tidur, waktu lunch hour, & masa balik kerja. Walau bagaimanapun, jika kita mempunyai tugas yang penting untuk diselesaikan atau mesyuarat yang lama yang mencuri masa pam kita, kita mungkin perlu melaraskan masa mengepam kita, sama ada diawalkan dari waktu sebenar, atau dilewatkan sedikit. Yang penting mesti pam jugak tau. Tapi kalau lambat dari waktu sebenar, kena pam lama sikit. Contohnya waktu pam dipanjangkan kepada 45 minit per sesi. Gitu.

2. Selepas sesi mengepam selesai, kita perlu membersihkan aksesori pam kita untuk kegunaan seterusnya. Sesetengah orang, hanya lap dan menyimpannya dalam beg sejuk sehingga sesi yang akan datang ... tetapi bukan Saba. Entah kenapa, Saba rasa Saba perlu basuh jugak aksesori pam tu & keringkannya untuk sesi pam seterusnya.

3. Di rumah, sebelum bayi bangun pagi... Saba perlu melakukan sesi mengepam sebelum pergi ke tempat kerja. Saba bangun pagi-pagi sorang-sorang pam. Kadang bayi pun terbangun sekali. But its ok, peneman Saba. Sekali lagi selepas sesi mengepam, Saba perlu untuk membersihkan aksesori Saba. Tapi biasa nya Hubby tolong basuh & kemas semua barang pam Saba sebab Saba nak bersiap pergi kerja pulak.

4. Di pejabat pula, masa Saba sangat terhad. Biasanya Saba makan & pam serentak. So, jimat masa kat situ. Saba kerja kena keluar ke tempat client. Kadang-kadang je duduk kat office. So, masa di Office, Saba memang dah "chop" filing room tingkat atas sekali untuk sesi pam susu di office. Kalau Saba keluar tempat client pun, Saba akan make sure masa lunch hour tu semua team Saba semua keluar makan, dan Saba kunci pintu meeting room semata-mata untuk pam susu. Saba akan bagitau diorang bila Saba habis pam, baru balik semula. So far, diorang faham. Alhamdulillah. Kalau tempat client takde meeting room pun, Saba akan ikhtiarkan cari tempat untuk mengepam.


4. Akhir sekali adalah, mengatur EBM Saba dalam "Deep freezer" ... Biasanya Saba sentiasa meminta suami Saba untuk mengendalikan bahagian ini. Kadang Saba yang buat. Saba ke kenalpasti mana stok lama untuk dinyahbekukan dan digunakan untuk kegunaan hari berikutnya. Biasanya Saba bagi Naqib minum susu frozen separuh, dan chiller separuh. Dia ok je minum. Alhamdulillah..


Jom. Saba share gambar stok susu Saba setakat ni. dengan izin Allah, Saba mampu kumpul stok untuk Naqib.



                                         Ni 2 orang budak tengah kira stok susu dalam deep freezer.

                                                     Tengok ni. Bukan main lagi dia ye..

                 Kira-kira susu mama ni ada berapa banyak ek? 2 beradik punya discussion.


Ok, sekian dulu.. Nanti Saba akan share lagi kisah penyusuan Saba ye. Untuk rujukan para pembaca atau sebagai kenangan untuk diri Saba sendiri di masa akan datang.

Wassalam.

Salam Sayang.

Dari Saba.


Owh ya.. di kesempatan ini, Saba nak share pemakanan yang Saba amik sepanjang tempoh penyusuan ni tau. Saba amalkan makan supplement SHAKLEE. Set penyusuan lengkap yang mencukupi keperluan nutrisi harian Saba sebagai ibu menyusu yang berkerjaya nih.

Now Saba dah jadi agent secara rasminya di bawah naungan Empayar Maria Firdaus.

So, sesiapa yang berminat nak dapatkan produk SHAKLEE ni terutamanya set penyusuan, boleh contact Saba tau.

Free Consultation.

Pm/Wassap/Telegram
 - Saba -
014-9401748

Shaklee ID : 1211644

No comments:

Post a Comment